Isnin, Januari 04, 2010

Sessi Pembelajaran 2010 Bermula

Salam untuk semua,

Hari ini bermulalah sessi persekolahan bagi tahun 2010. Murid-murid datang dengan berpakaian baru dan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk belajar. Pada tahun ini, jumlah kelas telah menurun iaitu sebanyak 8 kelas berbanding pada tahun 2009 iaitu sebanyak 9 kelas.

Cuaca pada hari ini suram dengan hujan turun semenjak dari malam hari lagi. Perhimpunan yang sepatutnya diadakan tidak dapat dijalankan.

Berbagai karenah dapat dilihat terutama dikalangan murid-murid tahun satu. Ada yang girang, ada yang sugul, ada yang risau....berbagai-bagai karenah dapat dilihat. Murid-murid tahun satu telah didaftarkan pada hari Sabtu yang lalu. Mereka datang bersama ibubapa masing-masing. Kebanyakkannya merupakan murid-murid yang pernah belajar di kelas Pra SKTT. Cuma segelintir sahaja yang datang dari Tadika berdekatan.

Diharapkan agar semua murid dapat belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam pelajaran nanti. Dikesempatan ini juga ingin diucapkan selamat bertugas kepada semua guru-guru semoga dengan tahun baru dan azam baru akan meningkatkan lagi pencapaian SKTT.

Selamat menempuh tahun baru.

Pendaftaran Thn 1 2010
Gambar-gambar sekitar sessi pendaftaran untuk murid-murid tahun satu pada 2 Jan/Sabtu.