Selasa, September 23, 2008

Lama Betul...Aktiviti sekarang.

Salam,

Agak lama tidak menjenguk blog ini. Mungkin disebabkan dulunya kekurangan bahan kerana blog ini hanya tertumpu kepada kegiatan atau aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTT sahaja. InsyaAllah sedikit masa lagi akan diaktifkan balik blog ini agar nampak akan kewujudannya. Moga diberi kekuatan untuk menghidupkan blog ini.

Skrg ini aktiviti yang berkaitan yang dijalankan disekolah adalah seperti tadarrus Al-Quran, dan latihan untuk menghadapi Ihtifal j-qaf peringkat zon pada 9hb nanti. Buat masa skrg, latihan untuk kalam jamae' sedang diadakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun dari segi kewujudannya, kalam jamae' ini adalah merupakan sesuatu perkara yang baru namun tidak ada banyak masalah semasa sessi latihan diadakan. Cuma kekangan waktu sahaja yang mungkin menjadi masalah memandangkan skrg bulan puasa tidak banyak masa yang dapat diambil untuk membuat sessi latihan. Diharap pada masa pertandingan nanti, dapatlah murid-murid yang dilatih ini mempersembahkan usaha yang terbaik walaupun sekadarnya sahaja. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.
Syukran.