Selasa, April 22, 2008

Doa

Doa merupakan sesuatu yang penting bagi oarang mukmin. Doa merupakan permintaan dari seorang hamba kepada Tuhannya. Apabila diri dibaluti dosa, panjatkanlah doa memohon keampunan dari Yang Maha Kuasa. Apabila kesempitan, doalah pelerai segala masalah. Disamping permintaan, doa mendekatkan kita kepada Allah, pemilik alam maya ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga kita sentiasa dekat padaNya disamping meleraikan segala kehendak, pengharapan, kemahuan dan apa saja melaluinya.



Doa Berlindung Dari Bahaya


بـِسْمِ اللهِ الـَّذِي لا َيَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ فِي الأ َرِض وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ.

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat berserta nama-Nya oleh apa-apa jua yang di bumi dan yang di langit, dan Dia maha mendengar lagi mengetahui”

------------------------------------------------------------------------------------------------


(klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)








(klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)

Khamis, April 17, 2008

Maulidur Rasul 1429H / 2008

Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa rahmat kepada seluruh ummat manusia. Baginda memimpin ummat manusia kejalan yang diredhai Allah. Mengeluarkan manusia dari lembah kejahilan membawa kepada cahaya keimanan kepada Yang Maha Satu.

Pada Rabiul Awwal 1429 yang lalu, ummat Islam telah bersama-sama menyambut hari kelahiran baginda S.A.W. Berbagai acara telah diadakan bagi menunjukkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah. Bagi Panitia PAI SKTT, antara aktiviti yang dijalankan bersempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas adalah seperti mengadakan tayangan kisah baginda, mengadakan kuiz maulidur rasul dan berselawat ke atas Rasul Junjungan beramai-ramai.

Semoga dengan sambutan yang diadakan itu akan dapat menerapkan rasa kecintaan kepada Nabi besar junjungan kita dan mengamalkan segala yang dianjurkan baginda tidak tertumpu hanya pada bulan tertentu sahaja malah untuk setiap masa.





SEKITAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Berselawat keatas Nabi Junjungan bersama-sama diiringi paluan kompang.


Gambar-gambar sempena sambutan Maulidur Rasul SKTT 1429/2008

Rabu, April 16, 2008

Sambutan Maal Hijrah 1429H / 2008

Pada bulan Muharram yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam SKTT telah menganjurkan sambutan Maal Hijrah 2008. Ia telah disambut secara sederhana oleh warga sekolah dan juga penduduk setempat. Walaupun sederhana, sambutannya tetap meriah. Banyak acara telah diadakan bersempena dengan sambutan tersebut. Antaranya ialah pertandingan hafazan, tilawah al-Quran dan acara yang kemuncak ialah memasak bubur lambuk secara gotong royong oleh warga sekolah, PIBG dan warga stempat.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2008 SKTT




Peserta tilawah lelaki.


Peserta tilawah perempuan.




Para hakim yang arif lagi bijaksana.



Gotong-royong mengacau bubur lambuk.

Pengenalan SKTT


Sekolah Kebangsaan Trolak Timur merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Batang Padang, Perak. Ia merupakan salah sebuah sekolah dikawasan felda iaitu terletak di Felda Trolak Timur, Trolak,Perak.

SEJARAH PENUBUHAN:


Bangunan sementara SK. Trolak Timur, didirikan pada 03 Januari 1994 oleh Pihak FELDA Trolak Timur.



Lapan buah rumah peneroka yang diubahsuai menjadi kelas.



Dua buah bangunan (Bangunan B dan C) siap dibina pada 08 Februari 1984



Projek membina bangunan dua tingkat (Bangunan A)dimulakan pada 18 Julai 1984.



Bangunan A siap dibina pada 10 April 1985



Bangunan A mula digunakan pada 17 Mei 1985.