Khamis, Julai 23, 2009

Gotong Royong

Salam
Rabu,22 Julai 1990- Gotong royong perdana telah diadakan di SKTT. Gotong royong ini melibatkan guru-guru, PIBG dan murid-murid SKTT. Gotong royong ini bermula pada pukul 2.30 dan berakhir pada pukul 5.

Disamping dapat menceriakan kawasan sekolah, gotong royong ini telah berjaya mengeratkan lagi hubungan diantara ibubapa dan guru. Diharapkan pada masa akan datang, ia dapat diadakan lagi bagi menjamin keceriaan dan hubungan erat diantara warga sekolah, murid-murid serta ibu bapa.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti gotong royong ini.Moga Allah memberkati kita semua.

Gambar Sekitar Aktiviti



:01:

Isnin, Julai 20, 2009

Minggu PAI



Salam untuk semua,

Minggu ini merupakan Minggu Pendidikan Agama Islam. Bermula 20/07 hinggalah 24/07/09. Berbagai acara telah diadakan bagi memeriahkannya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua. Pertama aktiviti-aktiviti mingguan yang dikendalikan semasa perhimpunan pagi seperti hafazan, jawi danlain-lain. Kedua ialah aktiviti-aktiviti semasa penutup minggu PAI nanti.

Minggu PAI ini akan berakhir pada hari Jumaat nanti bersamaan 24/7/09. Antara acara yang akan dijalankan pada penutup minggu PAI itu nanti adalah seperti dibawah:

Murid Pra : Menyebut huruf Jawi
Murid Thn 1: Hafazan surah-surah pendek.
Murid Thn 2: Meneka perkataan Bahasa Arab melalui gambar
Murid Thn 3: Bacaan dalam solat
Murid Thn 4: Baca berita menggunakan teks Jawi
Murid Thn 5: Bercerita kisah-kisah teladan
Murid Thn 6: Bercerita kisah-kisah teladan

Diharap Minggu PAI ini akan dapat berlangsung dengan jayanya dan mendapat keberkatan dari Allah.

Sabtu, Julai 18, 2009

Kelas Komputer

Salam,

Hari ini kelas komputer untuk murid-murid tahun 6 berlangsung. Ia bermula pada pukul 8pagi hingga 12tghari. Kelas ini melibatkan 2 kelas iaitu kelas 6A dan 6B. Kelas komputer ini mengambil masa 2jam untuk setiap sessi. Sessi pertama ialah pada pukul 8-10pg manakala sessi kedua bermula pada pukul 10-12tghari. Tenaga pengajar merupakan guru-guru disekolah SKTT iaitu bertukar ganti pada setiap minggu.

Diharapkan agar para pelajar dapat mengetahui serba sedikit tentang ICT selepas melalui kelas ini selaras dengan perkembangan ICT sekarang yang semakin hari semakin berkembang.
:16:

Selasa, Julai 14, 2009

Peperiksaan Percubaan UPSR & Peperiksaan Pengesanan 3

Salam untuk semua,

Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6. Bagi pelajar-pelajar lain, mereka juga menduduki peperiksaan pada kali ini. Peperiksaan pengesanan 3 dijalankan serentak dengan peperiksaan percubaan UPSR.

Diharapkan agar para pelajar dapat menjawab segala soalan dengan baik dan tenang semoga kejayaan dapat dicapai.

Selamat Berjaya