Sabtu, Oktober 25, 2008

PKSR2


Salam,

Minggu depan bermula peperiksaan akhir tahun. Semoga para pelajar dapat menjawab soalan-soalan dengan baik. Semoga berjaya.

Sabtu, Oktober 18, 2008

DiPenghujung dan Program...

Salam untuk semua,

Skrg ni kita sudah berada dipenghujung sessi persekolahan. Lagi sebulan setengah, murid-murid akan bercuti. Skrg ini, boleh dikatakan semua tenaga pengajar sedang sebuk dengan kerja-kerja disekolah. Dengan persediaan PKSRnya, hari anugerahnya, kemaskini data-data muridnya,dan banyak lagi.

Bagi guru2 PAI, banyak juga program yang akan dijalankan. Semasa mesyuarat bersama PPD dan Pengerusi zon haritu, ana terkejut bila ustaz Mudakhir mengatakan masih ada lagi 11 program yang sedang menunggu. Yang terdekat adalah KLAQ, Smart Solat, Mukhayyam Arabi dan Kem bina juara. Data j-QAF pun nak kene hantar juga. Pening juga bila memikirkan. Semoga program-program tersebut dapat berjalan dengan lancar. Walaupun terpaksa dibuat dalam cuti bulan 11 ni, terpaksalah dijayakan jua.

Moga dipermudahkan Allah segala urusan.

Selasa, September 23, 2008

Lama Betul...Aktiviti sekarang.

Salam,

Agak lama tidak menjenguk blog ini. Mungkin disebabkan dulunya kekurangan bahan kerana blog ini hanya tertumpu kepada kegiatan atau aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTT sahaja. InsyaAllah sedikit masa lagi akan diaktifkan balik blog ini agar nampak akan kewujudannya. Moga diberi kekuatan untuk menghidupkan blog ini.

Skrg ini aktiviti yang berkaitan yang dijalankan disekolah adalah seperti tadarrus Al-Quran, dan latihan untuk menghadapi Ihtifal j-qaf peringkat zon pada 9hb nanti. Buat masa skrg, latihan untuk kalam jamae' sedang diadakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun dari segi kewujudannya, kalam jamae' ini adalah merupakan sesuatu perkara yang baru namun tidak ada banyak masalah semasa sessi latihan diadakan. Cuma kekangan waktu sahaja yang mungkin menjadi masalah memandangkan skrg bulan puasa tidak banyak masa yang dapat diambil untuk membuat sessi latihan. Diharap pada masa pertandingan nanti, dapatlah murid-murid yang dilatih ini mempersembahkan usaha yang terbaik walaupun sekadarnya sahaja. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.
Syukran.

Selasa, April 22, 2008

Doa

Doa merupakan sesuatu yang penting bagi oarang mukmin. Doa merupakan permintaan dari seorang hamba kepada Tuhannya. Apabila diri dibaluti dosa, panjatkanlah doa memohon keampunan dari Yang Maha Kuasa. Apabila kesempitan, doalah pelerai segala masalah. Disamping permintaan, doa mendekatkan kita kepada Allah, pemilik alam maya ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga kita sentiasa dekat padaNya disamping meleraikan segala kehendak, pengharapan, kemahuan dan apa saja melaluinya.



Doa Berlindung Dari Bahaya


بـِسْمِ اللهِ الـَّذِي لا َيَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ فِي الأ َرِض وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ.

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat berserta nama-Nya oleh apa-apa jua yang di bumi dan yang di langit, dan Dia maha mendengar lagi mengetahui”

------------------------------------------------------------------------------------------------


(klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)








(klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)

Khamis, April 17, 2008

Maulidur Rasul 1429H / 2008

Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa rahmat kepada seluruh ummat manusia. Baginda memimpin ummat manusia kejalan yang diredhai Allah. Mengeluarkan manusia dari lembah kejahilan membawa kepada cahaya keimanan kepada Yang Maha Satu.

Pada Rabiul Awwal 1429 yang lalu, ummat Islam telah bersama-sama menyambut hari kelahiran baginda S.A.W. Berbagai acara telah diadakan bagi menunjukkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah. Bagi Panitia PAI SKTT, antara aktiviti yang dijalankan bersempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas adalah seperti mengadakan tayangan kisah baginda, mengadakan kuiz maulidur rasul dan berselawat ke atas Rasul Junjungan beramai-ramai.

Semoga dengan sambutan yang diadakan itu akan dapat menerapkan rasa kecintaan kepada Nabi besar junjungan kita dan mengamalkan segala yang dianjurkan baginda tidak tertumpu hanya pada bulan tertentu sahaja malah untuk setiap masa.





SEKITAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Berselawat keatas Nabi Junjungan bersama-sama diiringi paluan kompang.


Gambar-gambar sempena sambutan Maulidur Rasul SKTT 1429/2008

Rabu, April 16, 2008

Sambutan Maal Hijrah 1429H / 2008

Pada bulan Muharram yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam SKTT telah menganjurkan sambutan Maal Hijrah 2008. Ia telah disambut secara sederhana oleh warga sekolah dan juga penduduk setempat. Walaupun sederhana, sambutannya tetap meriah. Banyak acara telah diadakan bersempena dengan sambutan tersebut. Antaranya ialah pertandingan hafazan, tilawah al-Quran dan acara yang kemuncak ialah memasak bubur lambuk secara gotong royong oleh warga sekolah, PIBG dan warga stempat.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2008 SKTT




Peserta tilawah lelaki.


Peserta tilawah perempuan.




Para hakim yang arif lagi bijaksana.



Gotong-royong mengacau bubur lambuk.

Pengenalan SKTT


Sekolah Kebangsaan Trolak Timur merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Batang Padang, Perak. Ia merupakan salah sebuah sekolah dikawasan felda iaitu terletak di Felda Trolak Timur, Trolak,Perak.

SEJARAH PENUBUHAN:


Bangunan sementara SK. Trolak Timur, didirikan pada 03 Januari 1994 oleh Pihak FELDA Trolak Timur.



Lapan buah rumah peneroka yang diubahsuai menjadi kelas.



Dua buah bangunan (Bangunan B dan C) siap dibina pada 08 Februari 1984



Projek membina bangunan dua tingkat (Bangunan A)dimulakan pada 18 Julai 1984.



Bangunan A siap dibina pada 10 April 1985



Bangunan A mula digunakan pada 17 Mei 1985.