Sabtu, Julai 18, 2009

Kelas Komputer

Salam,

Hari ini kelas komputer untuk murid-murid tahun 6 berlangsung. Ia bermula pada pukul 8pagi hingga 12tghari. Kelas ini melibatkan 2 kelas iaitu kelas 6A dan 6B. Kelas komputer ini mengambil masa 2jam untuk setiap sessi. Sessi pertama ialah pada pukul 8-10pg manakala sessi kedua bermula pada pukul 10-12tghari. Tenaga pengajar merupakan guru-guru disekolah SKTT iaitu bertukar ganti pada setiap minggu.

Diharapkan agar para pelajar dapat mengetahui serba sedikit tentang ICT selepas melalui kelas ini selaras dengan perkembangan ICT sekarang yang semakin hari semakin berkembang.
:16:

Selasa, Julai 14, 2009

Peperiksaan Percubaan UPSR & Peperiksaan Pengesanan 3

Salam untuk semua,

Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6. Bagi pelajar-pelajar lain, mereka juga menduduki peperiksaan pada kali ini. Peperiksaan pengesanan 3 dijalankan serentak dengan peperiksaan percubaan UPSR.

Diharapkan agar para pelajar dapat menjawab segala soalan dengan baik dan tenang semoga kejayaan dapat dicapai.

Selamat Berjaya

Sabtu, Februari 14, 2009

Kejohanan Sukan Tahunan SKTT

Salam untuk semua,

Pada hari Khamis yang lepas bersamaan 12 Februari 2009, SKTT telah mengadakan sukan tahunan bagi tahun 2009. Walaupun ianya dijalankan dengan sederhana, namun kemeriahannya tetap dirasa.

Pada kali ini hanya tiga rumah sukan dipertandingkan iaitu Hijau, Merah dan Kuning. Berlainan dengan tahun lepas dimana empat rumah sukan dipertandingkan. Pengurangan rumah sukan ini dilakukan adalah kerana bilangan murid semakin berkurangan dari tahun ketahun. Oleh sebab itu, pihak kejohanan sukan tahunan telah membuat keputusan untuk menggugurkan satu rumah melalui undian.

Pada kali ini, Rumah Kuning telah menjadi johan keseluruhan diikuti Rumah Merah dan Rumah Hijau ditempat ketiga. Semoga pada tahun akan datang, sukan ini dapat diteruskan lagi demi mencungkil bakat-bakat baru untuk dipertandingkan diperingkat yang lebih tinggi.

Gambar-gambar sekitar kejohanan sukan tahunan SKTT 09

Guru besar memberikan ucapan aluan


Ucapan oleh perasmi kejohanan sukan tahunan SKTT o9


Rumah-rumah sukan 09


Acara untuk murid-murid Pra Sek


Acara larian 2 x 100


Acara untuk belia


Acara kaum ibu


Acara kaum bapa


Acara pegawai sukan berserta guru besar dan kakitangan PIBG


Acara kemuncak, Tarik Tali!


Pembahagian hadiah kepada para pemenang


Sekian.

Sabtu, Januari 17, 2009

Sambutan Maal Hijrah 1430

Pada 17hb Jan, PPAI SKTT telah menganjurkan sambutan Maal Hijrah. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti ceramah maal hijrah, kuiz, persembahan nasyid, persembahan kompang dan diakhiri dengan pembahagian bubur lambuk kepada semua warga SKTT.


Ustaz Ridzuan menyampaikan ceramah Maal Hijrah



Persembahan paluan kompang dari Pasukan Kompang Sekolah


Persembahan nasyid dari muri-murid perempuan


Guru-guru dan kakitangan sekolah menyiapkan bahan untuk memasak bubur lambuk



Bubur Lambuk dalam proses pengacauan...


Bubur Lambuk yang telah siap dimasak dan bersedia untuk dinikmati(gambar telah mengalami pengubahsuaian)



Program sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1 tengahari.

Salam Tahun Baru 1430/2009

Salam untuk semua,

Agak lama blog ini tidak diupdate. Mungkin disebabkan kerja-kerja akhir tahun dan seterusnya disambung cuti sekolah selama hampir 2 bulan menyebabkan blog ini sepi sesepinya. Alhamdulillah hari ini dapat bernafas kembali.

Selamat kembali kepada semua warga pendidik dan juga selamat kembali kepada semua warga pelajar agar ditahun baru ini, semangat dan kekuatan akan bertambah demi menggapai apa yang dicita-citakan.
Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun baru ini membawa seribu rahmat kepada semua.

Cuma pada tahun ini, hati kita semua sebagai Ummat Islam amat terguris akibat dari kejahatan dan kekejaman puak zionis Yahudi. Mereka tanpa belas kasihan terus membedil dan mengebom tanah Palastein. Anak-anak yang tak berdosa, ibu-ibu serta orang tua menjadi magsa. Betapa durjanya mereka. Disini kita sebagai ummat Islam, sama-samalah mengangkat tangan dan berdoa semoga puak-puak jahat ini dimusnahkan oleh Allah. Disamping doa, marilah kita sama-sama memboikot segala apa jua barangan yang memberi pulangan pada Israel. Buatlah sekadar mampu semoga saudara-saudara kita di Palastein tidak lagi bermandikan darah lagi. Semoga Allah memberkati kita dari segala apa jua usaha yang kita lakukan demi melihat Agama Islam dipelihara.

Selamat Tahun Baru 1430H/2009M