Jumaat, November 13, 2009

Khatam Al-Quran Tahun 6 2009

Photobucket

Pada 9 November 2009, Majlis Khatam Al-Quran untuk pelajar tahun 6 telah diadakan didewan SKTT. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Agama Islam SKTT. Seramai 20 orang pelajar telah dikhatamkan. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini akan dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan bacaan Al-Quran dari masa kesemasa kerana Al-Quran itu cahaya penyuluh hidup manusia.

Diakhir majlis juga, para pelajar dinasihatkan supaya tidak meninggalkan bacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Khatam Al-Quran tidak bermakna selesai membacanya. pembacaannya haruslah diteruskan hingga ke akhir hayat. Semoga para pelajar dapat mengambil nasihat tersebut untuk panduan hidup dihari mendatang.

Ahad, November 08, 2009

Hari Kanak-Kanak

Salam sejahtera,

Pada 06 hb 11 yang lalu, SKTT telah mengadakan hari kanak-kanak. Berbagai program telah dijalankan. Antaranya sukaneka dan persembahan murid. Berbagai permainan telah diatur untuk memeriahkan sukaneka tersebut antaranya ialah berjalan sambil membawa kantung kekacang, lari sambil gelek tayar kereta, lari sambil pecah belon dan sebagainya.

Program Hari Kanak-Kanak ini diakhiri dengan persembahan murid-murid. Selepas itu hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang. Walaupun agak ringkas namun sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SKTT ini berjalan dengan meriah dan jayanya.

Photobucket


Sabtu, Oktober 24, 2009

KURSUS SUKATAN BAHASA ARAB TAHUN 3 2010

Pada 21 Okt yang lepas, satu kursus telah diadakan untuk guru-guru bahasa arab j-QAF. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan sukatan baru bagi pelajaran bahasa arab tahun 3 pada 2010.

Seramai 3 orang JU telah diamanahkan membentangkan tentang sukatan tersebut. Kursus itu bermula jam 9.00 dan tamat jam 5.00ptg. Kursus ini akan disambung semula pada 27&28 nanti. Semoga dengan berlangsungnya kursus ini, guru-guru bahasa arab akan dapat memahami skatan baru bersempena tahun 2010 nanti.

Gambar-gambar sekitar kursus

Jumaat, Oktober 16, 2009

Perkhemahan Kokurikulum 2009

Salam,

Baru-baru ini SKTT telah mengadakan perkhemahan Kokurikulum bersempena penutup aktiviti Kokurikulum pada tahun ini. Perkhemahan kokurikulum itu diadakan pada hari Selasa & Rabu,13 & 14 Okt 2009.

Berbagai aktiviti diadakan bersempena perkhemahan ini. Antaranya sukaneka, pertandingan memasak, pertandingan memasang khemah dan pertandingan kawad.

Semoga perkhemahan ini memberi banyak faedah kepada para pelajar disamping memenuhi aktiviti kokurikulum sekolah.

Gambar sekitar aktiviti:

13 Okt 2009 (Sukaneka)

Membentuk Perkataan


Lari sambil menyelesaikan masalah matematik


Lari sambil cari kayu api(1 Kilo)


Lari sambil cari guli



14 Okt 2009/Rabu

Kawad Kaki







Pertandingan Memasak








Mendirikan Khemah



Riang Gembira Selepas Tamat Aktiviti

Isnin, Ogos 03, 2009

Pembangkit Semangat

Salam,

Pada hari ini telah diadakan satu majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang telah mengambil ujian percubaan UPSR. Pelajar-pelajar yang cemerlang dan yang menyumbang kepada kenaikan peratus telah diberi saguhati. Saguhati ini adalah bertujuan untuk memberi perangsang kepada para pelajar agar berusaha dengan lebih gigih lagi. Semoga kejayaan akan mengiringi anda semua.

:01: "Usaha Tangga Kejayaan"