Khamis, April 17, 2008

Maulidur Rasul 1429H / 2008

Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa rahmat kepada seluruh ummat manusia. Baginda memimpin ummat manusia kejalan yang diredhai Allah. Mengeluarkan manusia dari lembah kejahilan membawa kepada cahaya keimanan kepada Yang Maha Satu.

Pada Rabiul Awwal 1429 yang lalu, ummat Islam telah bersama-sama menyambut hari kelahiran baginda S.A.W. Berbagai acara telah diadakan bagi menunjukkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah. Bagi Panitia PAI SKTT, antara aktiviti yang dijalankan bersempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas adalah seperti mengadakan tayangan kisah baginda, mengadakan kuiz maulidur rasul dan berselawat ke atas Rasul Junjungan beramai-ramai.

Semoga dengan sambutan yang diadakan itu akan dapat menerapkan rasa kecintaan kepada Nabi besar junjungan kita dan mengamalkan segala yang dianjurkan baginda tidak tertumpu hanya pada bulan tertentu sahaja malah untuk setiap masa.





SEKITAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Berselawat keatas Nabi Junjungan bersama-sama diiringi paluan kompang.


Gambar-gambar sempena sambutan Maulidur Rasul SKTT 1429/2008

Tiada ulasan: